BILAKAH DRAMA INI AKAN BERAKHIR? RAKYAT SUDAH BOSAN!

1. Benarkah Azmin di dalam video itu? Jika ya, adakah Azmin akan meletakkan jawatan dan berundur daripada politik? Jika tidak, siapakah orangnya? Siapakah dalang yang mahu menjatuhkan Azmin?

2. Mengapakah polis tidak mengumumkan siapa lelaki seorang lagi dalam video itu? Adakah wujud campur tangan politik dalam siasatan? Jika ya, malang sekali buat polis kita. Jika tidak, mengapa susah sangat nak beritahu? Dalam kes lain, senang saja pengecaman dan tangkapan dilakukan.

3. Adakah benar Anwar dalang video itu kerana setiausaha politiknya sudah ditahan polis untuk siasatan? Jika benar Anwar dalang, adakah Anwar akan dihukum atau akan ada pihak lain yang akan dikambinghitamkan? Jika bukan Anwar, siapa? Apakah tujuannya?

4. Bilakah tarikh penyerahan tugas oleh Tun Mahathir kepada Anwar? Adakah Anwar akan menjadi PM ke-8? Adakah Tun Mahathir percaya kepada Anwar? Atau sebenarnya mahu menyerahkan jawatan itu kepada Azmin? Atau kepada anaknya, Mukhriz?

5. Adakah PKR akan berpecah dua (kem Azmin, kem Anwar)? Jika ya, apa akan jadi kepada PKR dan PH? Jika tidak, mengapa berlaku semua krisis ini sekarang?

6. Adakah semua ini berlaku kerana perebutan kerusi jawatan PM ke-8? Jika ya, malangnya rakyat Malaysia. Jika tidak, adakah ia berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan?

MOHD FIRDAUS SALLEH HUDIN
askfirdaus.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *