Siapakah pemenang PRK Semenyih 2 Mac nanti?

Siapakah pemenang PRK Semenyih 2 Mac nanti?

Pada PRU14:
Undi PKR: 23,428
Undi BN + PAS: 21,430

Di atas kertas, sekiranya betul PAS dan BN bersepakat dengan menghantar seorang calon, kerjasama dua pihak ini masih belum berjaya mengalahkan calon PKR dengan beza 1,998 undi.

Persoalannya, adakah pada PRK kali ini, PKR dapat mengekalkan jumlah undi sama seperti PRU14?

Andainya undi Cina masih kekal solid untuk PKR, bagaimana pula dengan undi Melayu yang sudah menyesal tersalah undi?

Adakah PAS dan BN boleh mengekalkan undi 21,430 bahkan boleh menambah lagi 1,998 untuk mengalahkan calon PKR?

Berdasarkan keputusan PRK CH, undi untuk BN bertambah dan ia logik kerana CH dimenangi MIC sebelum-sebelum ini. Dah memang lubuk BN.

Pada PRU13 tahun 2013, pecahan pengundi DUN Semenyih seperti berikut:
Melayu 56%, Cina 25%, India 17%.

Majoriti pengundi adalah Melayu dan sekiranya orang Melayu bersepakat menolak PH, PH akan tumbang di Semenyih. PH menang sebelum ini kerana undi Melayu berpecah dua BN dan PAS.

Sekiranya PH tumbang di Semenyih, ini memberikan isyarat besar bahawa PH sudah tidak lagi dipercayai oleh orang Melayu.

Kes yang sama jika berlaku di Parlimen Parit Buntar, Mujahid sudah boleh hilang kerusi Parlimen. Sedia ya Mujahid.

Apa yang saya nak sampaikan sekarang? Undi PH atau BN-PAS?

Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Suka saya ingatkan slogan Isma sejak 2010 “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

Faham-faham ajelah.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com
www.pertiwi.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *