Bismillah.
Angka kes jangkitan makin meningkat. Sehingga 2 April 2020 jam 12 tengah hari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 208 kes baru dan 5 kematian. Jumlah kes keseluruhan ialah 3,116 dengan 50 kematian.
Mereka yang sembuh dan discaj pula sebanyak 122 menjadikan keseluruhannya 767 kes. Alhamdulillah.
Kita (saya dan anda) yang sedang membaca mempunyai peranan dalam angka tersebut. Biarpun minimum, sekurang-kurangnya kita turut menyumbang dengan patuh kepada arahan untuk stay safe di rumah.
Kita juga boleh memberikan kesedaran kepada orang lain bahawa pentingnya duduk di rumah masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Ini sahaja yang boleh kita lakukan berkaitan Covid-19. Bakinya, terserah kepada kita sendiri untuk buat apa sahaja yang kita mahukan. Bazirkan masa begitu sahaja atau manfaatkannya untuk kebaikan diri kita sendiri.
Ada satu pepatah yang diungkapkan oleh tokoh dakwah Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur dalam bukuya Jalan Dakwah. Aslih Nafsak, Wad’u Ghairak. Ertinya, perbaiki dirimu dan dakwahlah orang lain.
Islah diri, perbaiki diri, upgrade diri. Inilah masa yang paling sesuai. Baca, fikir, tulis dan lakukan sesuatu.
Tahniah kepada mereka yang sudah lakukan sesuatu dalam tempoh dua minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. 18 Mac hingga 31 Mac. Selanjutnya, ada lagi masa lagi dua minggu hingga 14 April.
Banyak perkara kita boleh lakukan dalam konteks islah dan upgrade diri. Serius.
Soalan: Kenapa perlu islah diri?
Jawapannya ialah diri kita adalah individu paling berharga dalam hidup ini. Kita bercita-cita untuk mengubah dunia. Tapi ia tak akan berjaya jika diri kita tidak memiliki sifat dan ciri-ciri seorang ‘pengubah dunia’.
Apa ciri-cirinya? Bacalah kisah Nabi Muhammad. Tengok bagaimana Islam yang diseru baginda boleh mengubah dunia. Lihat kisah para sahabat dan tabien.
Ilmu. Iman. Kepakaran. Kekuatan. Rijal. Dan banyak lagi.
Akhir kata, kita tak boleh kawal sangat jumlah kes jangkitan yang dilaporkan setiap hari. Ya kita boleh berdoa. Selebihnya kita serah kepada pihak barisan hadapan menjalankan tugas mereka.
Kita nak risau lebih-lebih pun, tak akan ke mana. Bukankah lebih baik kita salurkan kerisauan itu kepada pengislahan diri kita sendiri?
Berapa banyak muka surat Al-Quran kita baca dan tadabbur setiap hari? Berapa banyak buku sudah kita baca dan kaji? Berapa itu dan berapa ini?
Ayuh kita lakukan sesuatu untuk upgrade diri. Tulis dan rancang untuk diri kita. Laburkan masa untuk diri kita.
Moga Allah tunjukkan jalan-Nya!
Firdaus
Kg Pandan Kuala Lumpur
AskFirdaus.com
CarRentalAmpang.com