Menulis Setiap Hari: Hari Keenam

Bismillah.
Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Amma bakdu.

Hari Jumaat

Pantas masa berlalu. Rasanya baru saja minggu lepas Solat Jumaat. Hari ini akan Solat Jumaat lagi. Semoga setiap masa yang berlalu akan menjadikan diri kita lebih baik dan lebih dekat kepada Allah.

Larian harian ke-31

Pagi ini saya tidak berlari. Meraikan isteri yang ikut ke pejabat. Tapi petang nanti saya akan tetap bersukan (briskwalking) untuk lengkapkan catatan diari harian.

Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah it is okay kalau terlanggar sikit sana sini. Paling penting kita terus bergerak menuju matlamat.

OMAD ke-26

Hari ini saya makan sarapan sahaja tapi juadahnya agak banyak. Nasi lemak telur mata, sambal kerang dan sambal paru. Kuih karipap, pulut panggang dan sandwich sardin. Agak mewah pagi ini.

Tapi ini sahaja santapan saya hari ini. My next meal is tomorrow. No food for lunch or dinner okay.

Penutup

Sekian, terima kasih.

Firdaus.
9.06 pagi.
17 November 2023.
Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *