Pengalaman memandu Uber

Gambar saya ambil ketika menunggu giliran mendaftar sebagai pemandu Uber.
Gambar saya ambil ketika menunggu giliran mendaftar sebagai pemandu Uber.

RAMAI orang teruja membuat ‘duit tepi’ dengan memandu Uber atau Grab. Saya sendiri pernah memandu Uber pada April 2016 dan akhirnya berhenti pada hujung 2016.

Kenapa saya berhenti memandu Uber? Ini jawapannya:

1. Kena buat fulltime (masa panjang untuk dapat untung).
2. Kos maintainance kereta pun susah nak cover.
3. Sakit pinggang memandu lama.
4. Telefon panas / hang bila online lama-lama.

Di samping itu, ini pula saya senaraikan beberapa keseronokan memandu Uber:
1. Dapat cash cepat
2. Dapat kenal ramai orang, minda lebih terbuka
3. Dapat kuasai jalan-jalan di KL
4. Flexible masa
5. Dapat manfaatkan masa kosong daripada terbiar begitu sahaja (selalu fikir dalam hati, kalau duduk rehat di rumah sejam, tak dapat duit tapi kalau buat Uber sejam paling kurang boleh dapat 4,5 trip Uber, dalam RM20-RM50 juga).

Sekian sahaja perkongsian saya.
Jumpa lagi.

Mohd Firdaus bin Salleh Hudin
www.askfirdaus.com
www.ismaweb.net
www.carrentalampang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *