Cerita satu ringgit orang Melayu

REALITI orang Melayu hari ini bertitik-tolak daripada sejarah dahulu kala. Dahulunya orang Melayu sekian sekian. Kini sudah jadi sekian sekian. Sedikit masa lagi, akan jadi sekian sekian jika tiada perubahan. Dialog seperti ini sering kita dengar dan kadang-kadang kita sendiri yang menjadi pengulasnya. Saya pernah dengar kisah satu ringgit orang Melayu yang dijadikan perumpamaan oleh […]

Bagaimana jadi pemimpin ketika perang (krisis)? Jawapannya dalam buku ‘Lessons from a Warzone’

JUDUL buku ini agak mengerikan dan terasa jauh dan tiada kaitan dengan kita. Ini persepsi awal saya ketika melihat muka depan buku ini. Saya teruskan membelek dan ayat How to be a Resilient Leader in Times of Crisis telah menangkap perhatian saya. Oh, rupanya buku yang ditulis oleh orang kuat bank warga Syria ini bercakap […]

Catatan peribadi: Saya dan TV Pertiwi

Bismillah. TV Pertiwi mula ditubuhkan pada Julai 2018. Saya antara kakitangan yang ada ketika TV Pertiwi dibangunkan. Hari ini sudah Mac 2023. Pada bulan Julai nanti, genap lima tahun TV Pertiwi beroperasi. Ada yang bertanya, kenapa saya setia sangat kerja di sini? Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin menjawab soalan apakah TV Pertiwi dan kenapa […]

Beli rumah: Pelaburan jangka panjang

Bismillah. Tajuk ini agak menarik untuk dibincangkan. Semua orang mahu memiliki rumah. Tapi ramai juga mengelak untuk berbincang lebih lanjut mengenai pembelian rumah. Kenapa? (Ada berita baik di bawah, baca sampai habis) Rumah adalah perkara asas dalam hidup semua orang. Biasa kita dengar, suami selaku ketua keluarga, kalau tak dapat beli rumah pun, menyewa sudah […]

Fikir jauh: Siapakah aku 20 tahun lagi?

PADA tahun ini, tahun 2020, saya berumur 34 tahun. Selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 2040, saya berusia 54 tahun. Siapakah saya pada ketika itu? Bagi menjawab soalan ini, ada beberapa kata-kata hikmah yang menjadi pedoman: Apa yang kita lakukan hari-hari, itulah yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Lihat siapa kita berkawan sekarang, […]

JAGA MASA TUAN-TUAN (Kepentingan Menepati Masa Bagi Peniaga)

PERNAH beberapa kali, saya membatalkan tempahan pelanggan yang tidak muncul-muncul pada waktu serahan kereta. Berjanji pada waktu sekian sekian. Kemudian tidak muncul-muncul. Apabila dihubungi, tidak menjawab dengan baik berapa minit lagi yang diperlukan. Akhirnya saya meminta maaf dan membatalkan tempahannya kerana tidak tahan dengan sikapnya itu. Bayangkan jika hendak ambil kereta pun berlengah, bagaimana pula […]