Bismillah.
Penat juga baca isu pergolakan dalaman parti PKR dan PH.
Apa di sebalik yang sedang berlaku?
Apa yang kita boleh faham selaku rakyat biasa?
- Tiada kestabilan dalam kerajaan sekarang. Isu peralihan kuasa oleh Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar masih belum berkesudahan.
- Kepimpinan Anwar dalam PKR tidak lagi dipersetujui sebulat suara. Bagaimana Anwar boleh memimpin Malaysia sekiranya masalah dalam parti sendiri belum selesai?
- Rakyat menjadi mangsa di sebalik pergolakan yang berlaku. Kerajaan tidak fokus menyelesaikan masalah, bahkan menambahkan lagi masalah.
- Siapakah yang untung dalam situasi sekarang? Tiada siapa untung tapi DAP boleh dikatakan paling untung kerana parti rasis ini memiliki kekuatan tersendiri berbanding parti lain.
- Agenda Islam juga yang rugi kerana agenda Islam tidak menjadi kepentingan sedangkan orang Melayu adalah majoriti.
Setakat ini dahulu coretan minda setelah penat membaca isu-isu semasa hari ini. Tak habis-habis bergaduh sesama sendiri. Masalah rakyat terabai.
www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com