Untuk menjawab persoalan ini, ia bergantung kepada niat dan objektif individu itu sendiri.Umumnya seseorang peniaga akan berkata dia perlu muncul di media sosial, membuat kandungan menggunakan mukanya sendiri supaya bakal pelanggan kenal siapa pemilik perniagaan itu.Apabila sudah kenal, mudah transaksi jual beli itu berlaku.
Memang pun ada kajian di Barat yang mengatakan lebih 50 peratus orang membeli produk sesuatu jenama setelah mengenali siapakah individu di sebalik jenama perniagaan itu.
Selain menjadi tempat berniaga, media sosial juga boleh menjadi medan menyampaikan mesej dakwah. Bagi individu yang ‘faham dakwah’, kini anda tidak boleh menafikan kepentingan media sosial kerana semua mad’u anda berada di hujung jari anda.
Ketika kita masih teragak-agak menyampaikan seruan kebaikan, orang lain sudah pun menggunakan media sosial menyebarkan kebatilan. Soalnya, kita sedar tak perkara ini?
Justeru, menyedari kepentingan media sosial dan realiti telefon pintar yang wujud dan dipegang sentiasa oleh majoriti manusia di muka bumi, kita perlu lakukan sesuatu.
Kita tak boleh lagi selesa menjadi pengguna dan pembaca senyap. Kita boleh menjadi pencipta kandungan dan mencipta arus dakwah mengajak manusia ke arah kebaikan.
Jika kita tidak mahu berdakwah di media sosial, terpulanglah. Medan dakwah itu luas. Saya tak nafikan perkara itu.
Bagi mereka yang serius menjadikan media sosial sebagai alat menyebarkan kebaikan, tahniah dan mulakan tindakan anda sekarang.
Letak gambar profil yang menunjukkan muka anda dengan jelas. Buat kandungan yang menyelesaikan masalah penonton sasaran anda. Grow the account. Insya-Allah lama kelamaan, matlamat anda akan tercapai. Sama ada di Tiktok, FB dan lain-lain.
Inilah salah satu perkara penting dalam membina jenama diri.
Jemput like posting ini dan tekan butang share. Follow saya Mohd Firdaus bin Salleh Hudin untuk tahu lebih banyak tip dan panduan membina jenama diri di media sosial.
Gambar: Keindahan dan ketenangan dalam ruang solat Masjid Kampung Sungai Sekamat, Kajang.