TAJUK ini macam best, saja letak tajuk ini untuk tarik orang baca. Tajuk asal lebih kurang begini: Isi penting pembacaan awal buku Influencer. Ada beza kan.
Ceritanya macam ni. Sengaja buat ayat santai ala-ala tengah bersembang di kedai kopi.
Premis pertama yang kita kena faham ialah kita lihat dunia ini statik, susah berubah ke arah yang kita nak. Asal ceritanya ialah kita nak dunia berubah jadi lebih baik.
Mengapa dunia kena berubah jadi lebih baik? Ya lah, kalau sekarang sistem jahiliah menguasai, sistem Islam wajib berada di atas mengalahkan sistem jahiliah dan berada di tampuk pemerintahan dunia. Ok, ni memang sangat ideal dan besar cita-cita, selaku seorang muslim.
Bagaimana pula dengan perubahan berat badan yang ideal? Senang tak nak berubah? Ya betul, susah sekali nak turun. Kalau turun pun, tak lama lepas tu, naik balik. Inilah yang dimaksudkan ‘dunia perlu berubah jadi lebih baik tapi susah’.
Apa solusi?
Jawabnya, kita kena ubah diri kita dahulu. Barulah dunia akan ikut berubah. Senang!
Haha, senang cakap tapi senang ke nak buat? Saya jawab, senang, kalau kita buat. Susah, kalau kita suka bagi alasan.
Kita masuk ke premis kedua. Semua orang ada ‘courage to change things’ tapi tak semua ada ‘skill to do so’. Ertinya, semua orang tahu kena berubah dan mahu berubah tapi tak semua ada skill untuk berubah dan mengubah dunia.
Premis ketiga. Semua masalah boleh diselesaikan sebab penyelesaian yang kita harapkan bukanlah satu penyelesaian yang melanggar hukum alam.
Baik, ini kena jelaskan sikit. Apa yang saya faham ialah semua masalah dalam hidup kita, boleh diselesaikan. Ini kita kena percaya. Ya betul lah. Ambil contoh, masalah kewangan. Penyelesaiannya yang biasa saya jumpa ialah jimatkan perbelanjaan dan tambah sumber pendapatan seperti kerja sambilan dan buat bisnes tepi.
Jadi, dua penyelesaian masalah kewangan ini bukanlah satu benda yang ‘luar biasa’ dan ‘magik’ kerana dua-dua jalan ini sesiapa pun boleh laksanakan. Penyelesaian yang mustahil berlaku ialah tiba-tiba kita dapat duit 10 juta, entah siapa entah yang bermurah hati bagi kita. Semua orang nak penyelesaian mudah ni tapi ia dikatakan mustahil berlaku. Setuju tak?
Jadi, betul lah kan kalau penulis buku ni kata semua masalah boleh diselesaikan. Mesti la betul.
Tapi dia tambah lagi ‘statement’ dia dengan satu perkara. Sesuatu masalah boleh diselesaikan oleh sesiapa pun dengan syarat seseorang itu ‘act differently’.
Ini poin besar. Saya bagi contoh. Beza tak kalau kita masak nasi goreng dengan emak kita yang masak nasi goreng? Siapa lagi sedap? Tentulah masakan emak saya. Kenapa? Sebab dia lebih berpengalaman.
Jadi ‘act differently’ yang dimaksudkan ialah kita kena jadi pakar, expert untuk selesaikan masalah. Boleh juga kita ‘hire’ pakar dan expert. Selesai masalah.
Sebab itulah Islam ajar kita letak orang yang paling sesuai pada sesuatu jawatan. Juga Islam ajar kita bertanya ahlinya jika ada masalah dalam sesuatu bidang. Rujuklah pakar.
Tindakan amatur berbeza dengan tindakan seorang pakar. Apabila ada masalah, amatur akan cepat berputus asa, manakala pakar akan usaha sungguh-sungguh sampai jumpa jalan keluar. Setuju? Mestilah kan.
Aduhai jadi panjang pula tulisan ni.
Baik, kita terus masuk kepada tajuk asal. Apakah dua punca yang menyebabkan perubahan tak berlaku?
Punca Pertama: Serenity Trap.
Perangkap kedamaian dan keselesaan. Ada orang apabila ditimpa ujian dan masalah, dia akan segera kembali kepada Tuhan, mengadu kepada Allah dan berdoa agar masalahnya diselesaikan.
Dengan itu, hatinya akan menjadi tenang. Masalah yang datang dianggap bukan masalah besar kerana natijah dunia ini akhirnya semua akan kembali kepada Allah.
Ok, dalam bab ni kena hati-hati sikit sebab ia berkaitan akidah.
Betullah kita memang disuruh kembali kepada Allah jika ada masalah. Kita tak perlu marah-marah, stres-stres sebab kita ada agama. Islam ajar kita sabar.
Tapi, kita juga mesti ingat, masalah yang kita hadapi tu mesti diselesaikan sebab kita matlamat asal kita nak ubah dunia. Kena selesaikan juga walau apa pun berlaku. Sabar memang kita bersabar, kita tak marah-marah dan pada masa sama, kita kena cari jalan keluar, bak kata lirik nasyid Rabithah, ‘Berilah…jalan keluar…’
Perkara ini kita kena faham betul-betul, kalau tak, kita akan masuk perangkap. Serenity trap.
Punca Kedua: Coping with the problem.
Penulis tulis: We’re better at coping than at exerting influence.
Ertinya, apabila masalah datang, kita cepat ‘adapt’ dengan masalah tersebut dan kita tak usaha pun untuk selesaikannya.
Ini yang dimaksudkan dengan jiwa kalah. Terlalu awal mencari ketenangan sebelum berusaha mencari penyelesaian.
English kata cope. Arab kata tahammul. Melayu kata bersabar dan bertahan. Contoh kalau lampu dapur rosak, kita boleh cope dan tahammul dengan pasang lilin untuk sementara waktu. Sementara waktu kita selalu sebut. Akhirnya sampai sebulan baru nak cari lampu baru. Kannn. Samalah juga dalam keadaan-keadaan lain.
Dalam politik negara hari ini, ini ulasan saya, tak ada ditulis pun dalam buku, kita lihat seruan liberal makin hari makin kuat. Jadi, sebagai umat Islam, kita kena lawan balik. Masalahnya, ada orang berpandangan, kita tunggu ajelah lima tahun lagi. Eh, come on la, jangan cepat mengalah. We can do something right now. Sebab tu, Himpunan Aman Tolak ICERD 8 Disember nanti, kita kena turun ramai-ramai.
Kita dah lama cope dan tahammul dengan isu-isu yang menggugat Islam dan Melayu. Jadi, nak tahammul lagi? Sambil bila tuan-tuan?
Penulis datangkan contoh masalah cope ini berlaku di peringkat antarabangsa. Dia kata, ada satu hari disambut di peringkat antarabangsa, iaitu hari sambutan untuk orang yang terlibat dengan kesan HIV.
Dia kata, pada hari itu, semua hadirin dibentangkan dengan kertas-kertas kerja bertemakan ‘How to cope with the effects of HIV’.
Nampak tak? HIV tu adalah penyakit akibat seks bebas, LGBT dan lain-lain. Tema yang patut diangkat ialah cari penyelesaian banteras HIV, tapi tajuk sebaliknya yang diangkat.
Yang salah, tetap salah dan perlu ditolak. Mengapa orang yang sihat perlu digalakkan untuk cope dan tahammul dengan kesan buruk penyakit HIV? Pelik betul dunia sekarang.
Baik, cuba kita refleks dua punca ini dalam kehidupan seharian kita. Adakah ia betul-betul menjadi punca mengapa kita susah nak ubah diri seterusnya susah nak ubah dunia.
Sekian sahaja perkongsian saya. Anda dapat sesuatu? Kongsikan jika anda rasa bermanfaat.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
www.pertiwi.tv (tempat kerja sekarang)
www.ismaweb.net (tempat kerja lama)
www.ismagombak.com (tempat jadi aktivis)
www.carrentalampang.com (bisnes part time)
www.tukangurutampang.blogspot.com (hobi baru)
www.askfirdaus.com (blog rasmi)
www.ustazos.blogspot.com (blog lama)
www.facebook.com/mohdfirdaus.sallehhudin (Facebook peribadi)
www.facebook.com/Mohd-Firdaus-bin-Salleh-Hudin-558000467732420/ (Page FB rasmi)
https://twitter.com/ustazos (Twitter)