Tuan, boleh saya bagi kereta untuk buat sewa?

Bismillah.

Lama tak update blog askfirdaus.com ni. Semoga semua sihat-sihat sejahtera dan dilindungi Allah.

Alhamdulillah sejak Oktober 2016 carrentalampang.com beroperasi, banyak benda yang saya pelajari. Antaranya ialah mesti buat perkongsian untuk menjawab persoalan orang yang ingin mengetahui.

Kali ini saya nak cerita berkenaan tajuk di atas. Orang nak letak kereta pada syarikat saya untuk dibuat sewa. Bagaimana? Berbaloi ke? Apa risiko? Baik, saya jawab.

Kawan-kawan dan sahabat yang ada kereta lebih, tak guna sangat, adalah dialu-alukan. Saya tak galakkan buat pembiayaan bank untuk beli kereta baru. Elok simpan saja DSR tu untuk beli rumah.

Peluang ini khusus untuk mereka yang ada kereta dan terfikir nak jual kereta tapi hutang bank masih banyak. Jadi bagi kereta tu pada saya dan saya bayarkan bulanan bank.

Juga mereka yang ada kereta tersadai di rumah dan jarang digunakan.

Model kereta dan tahun

Buat masa ini, model kereta yang ‘laku keras’ dan banyak permintaan ialah Axia, Myvi dan Alza.

Model kereta lain boleh juga tapi tak banyak sangat permintaan. Mungkin target group marketing saya lebih sesuai dengan peminat Axia, Myvi dan Alza. 4X4 pun ada permintaan, boleh cuba.

Usia kereta mestilah tidak lebih 5 tahun. Sebab apa? Sebab saya akan lebih yakin untuk tawarkan kepada pelanggan. Pelanggan pun rasa yakin memandu kereta yang muda-muda ni.

Untuk lebih 5 tahun macam mana? Boleh juga, tapi saya kena ‘test drive’ dulu.

Bayaran kepada pemilik kereta

Info ini paling penting. Ada dua pilihan; pertama, bayaran tetap setiap bulan kepada pemilik (jumlah yang dipersetujui dua pihak) dan kedua, pembahagian 70%-30% antara syarikat dan pemilik. Kita boleh pilih mana satu yang kita nak sebagai perjanjian bersama, bincang betul-betul supaya dapat keputusan menang-menang (win-win situation).

Perincian lanjut mengenai perkara ini saya tak dapat tulis kerana ia bersifat subjektif, bergantung kepada perincian perjanjian dua pihak.

Sepanjang 2 tahun beroperasi, saya hanya berurusan dengan dua pilihan di atas, bayaran tetap dan pembahagian 70-30. Boleh dibincangkan jika ada cadangan pilihan lain.

Tempoh Perjanjian

Kita mulakan dengan tempoh percubaan 3 bulan, lepas itu kita bincang lagi untuk teruskan atau tidak.

Risiko

Setiap perniagaan ada risiko. Risiko pula ada yang boleh dikira dan ada yang tak boleh dikira. Risiko kereta hilang, risiko tak ada pelanggan, risiko lambat bayaran, risiko kemalangan dan pelbagai lagi jenis risiko yang ada.

Saya cuba sedaya upaya meminimumkan risiko dengan memperkemaskan sistem syarikat, penapisan pelanggan dan lain-lain.

Jika anda terlalu memikirkan risiko, kita boleh duduk berbincang dan saya akan jelaskan satu persatu. Kemudian, terserah kepada pemilik kereta untuk membuat keputusan.

Akhir sekali, berbaloi tak letak kereta pada saya? Saya dah berikan jawapan, ia bergantung kepada persediaan di pihak anda pula dari segi aliran cash flow, penggunaan kereta harian dan lain-lain.

Kalau dah kereta tu asyik buat semak je di parking kereta dan bulan-bulan keluar duit bayar bank, insya-Allah berbaloi jika letak di syarikat saya untuk disewakan. Jadi duit tepi sikit-sikit dan ringankan beban kos sara hidup.

Untuk berlaku adil, saya tak boleh janjikan bulan dan bintang, pulangan tinggi melangit dan konsisten sepanjang tahun. Berniaga ni macam air laut, ada waktu pasang, ada waktu surut.

Akan tetapi, apa yang boleh dijanjikan ialah saya sedaya upaya memenuhi apa yang terkandung dalam perjanjian bersama.

Sekian dahulu celoteh pada hari ini. Jumpa lagi di artikel akan datang. Assalamualaikum.

Boleh mesej saya di FB jika berminat untuk letak kereta buat sewa.

Berita baru: Carrentalampang.com baru saja menyewa satu pejabat kecil di Desa Pandan. Urusan rasmi pejabat boleh dilakukan di situ.

Mohd Firdaus bin Salleh Hudin
www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *