BISMILLAH. Alhamdulillah syukur kepada Allah dikurniakan umur dan banyak lagi nikmat dalam hidup ini. Ada beberapa titik penting yang bermain di fikiran ketika ini:
1. Umur hanyalah nombor. Ia bukan penghalang untuk kita mencapai apa yang kita mahukan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
2. Mati itu tak mengira umur. Sesiapa boleh mati. Tua, muda, miskin dan kaya. Beruntunglah orang yang mati keadaan beriman kepada Allah.
3. Fokuskan diri pada perkara yang membina dan membangun diri. Abaikan segala halangan. Fikir lebih pada kekuatan diri, nescaya ada jalannya. Jika asyik fikir kelemahan dan halangan itu ini, kita jadi tak kreatif cari jalan penyelesaian.
4. Hargai mereka yang ada di sekeliling kita, sebelum kita kehilangan mereka.
5. Berdoalah kerana Allah Maha Mendengar segala isi hati kita.
6. Berlaku jujur pada diri. Kita sendiri tahu apa yang baik untuk kita, apa yang tidak.
7. Banyakkan membaca dan menulis. Laburkan masa dan wang ringgit pada ilmu dan bacaan, tidak pernah rugi orang yang melabur pada ilmu.
8. Berfikir selaku seorang ketua dan pemimpin. Menyelesaikan. Memberi solusi. Bukan mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Apa yang benar, harus dipersetujui dan dituruti. Apa yang salah, suarakan bahawa ia salah dan sampaikan dengan cara terbaik, hujah yang terbaik.
9. Fokus pada tindakan, bukan pada hasil. Kita akan berbangga dengan usaha yang telah kita lakukan. Ertinya kita sudah berubah untuk berusaha lebih, meski hasil itu masih jauh.
10. Terakhir, usah marah-marah kerana marah tidak menyelesaikan masalah.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
askfirdaus.com
carrentalampang.com