TERINGAT satu twit yang tular berkenaan bisnes yang maksudnya lebih kurang begini: Kalau sale tak pernah capai sejuta walau dah bertahun-tahun bisnes, sebenarnya kau ni berbisnes ke makan angin?
Ayatnya mudah, agak kasar bagi sesetengah pihak tapi dilihat function terox bagi pihak lain. Masing-masing memberikan maklum balas yang pelbagai, bergantung kepada cara fikir masing-masing.
Apa pula pandangan saya?
1. Dalam berniaga, kita perlu ada matlamat. Jika kita letak matlamat capai sale satu juta dalam tempoh tiga tahun, kita mesti berusaha keras untuk mendapatkan matlamat tersebut. Kita pecahkannya mengikut peringkat. Tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga. Bulan pertama, bulan kedua dan seterusnya. Kita pasang strategi itu dan ini. Selepas satu tempoh, jika tak nampak progres, kita gunakan strategi lain atau kita ubah matlamat kepada yang lebih realistik. Jika kegagalan ini berterusan hingga bertahun-tahun, maka wajarlah kita ditanya, kau ni buat bisnes ke makan angin? Haha.
2. Matlamat orang berbeza-beza. Ya betul. Ada orang sasar satu juta sale. Ada orang sasar simpanan peribadi satu juta. Ada orang sasar jana pendapatan tambahan iaitu sebanyak seribu sebulan, bagi dia seribu sudah cukup. Begitulah seterusnya. Lain orang, lain sasaran dan matlamatnya. Apakah matlamat terbaik? Sebagai lelaki dan ketua keluarga, mencari pendapatan bagi menampung keperluan nafkah anak isteri adalah matlamat paling mulia. Sebagai anggota masyarakat pula, cita-cita menjadi individu kaya yang suka membantu orang lain juga satu niat yang baik. Kita tak kaya untuk diri kita semata-mata.
Cukuplah dua perkara ini sebagai renungan bersama. Apa yang pasti, masih belum terlambat untuk membetulkan niat kita. Jika niat kita baik, insya-Allah Allah akan mudahkan. Aminnn.
Firdaus
7.40 pagi
21 September 2020
AskFirdaus.com
CarRentalAmpang.com