Robert Kiyosaki dalam satu video di youtube berkata, ramai anak muda terperangkap dengan ayat ‘do what you love’. Maksudnya, anak muda makin ramai yang bekerja sendiri (self-employed) kerana mahu bebas dan tidak terikat dengan jadual kerja, arahan bos dan komitmen selaku pekerja. Mereka lebih suka bekerja sendiri, jadi bos pada diri sendiri dan pekerja untuk diri sendiri. Bebas.
Tapi, bagi Kiyosaki pula, dia terpaksa ‘does what he hate because he gets what he love’. Dia terpaksa belajar itu dan ini yang menyusahkan diri untuk mendapat hasil yang dia suka. Belajar pasal pelaburan, pasal percukaian, mengembangkan bisnes dan sebagainya.
Dia juga tak suka menulis buku tapi tulis juga kerana dia tahu dia akan mendapat pelbagai perkara yang dia suka hasil penulisan bukunya.
Dalam buku Rich Dad Poor Dad, Kiyosaki membahagikan empat tahap atau empat status:
- Business owner
- Employee
- Self employed
- Investor
Anak muda yang suka bekerja sendiri dan tak suka ada bos itu berada di tahap self employed, iaitu bekerja sendiri. Ya, anak muda boleh hidup bebas kerana itu yang mereka mahukan.
Kiyosaki pula telah upgrade dirinya menjadi investor dan business owner. Meskipun susah dan penuh kepayahan dan kesulitan, dia telah mendapat apa yang dia suka seperti simpanan yang banyak dan aset yang melimpah ruah.
Saya sendiri adalah employee (pekerja makan gaji) di syarikat swasta dan saya juga self employed (memiliki perniagaan kecil). Jika ikut cakap Kiyosaki, saya perlu berpindah menjadi business owner (perniagaan kecil sekarang perlu dibesarkan dan perlu ada ramai pekerja) dan saya juga perlu menjadi investor (pelabur). Ilmu pelaburan pula satu ilmu yang perlu dipelajari.
Setakat ini dahulu perkongsian saya. Kongsikan jika bermanfaat.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Bandar Baru Bangi
5.17 petang
20 Oktober 2020
www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com