SEMALAM saya melihat banyak gambar dan video gempa bumi yang melanda dua negara, Turkey dan Syria.
Banyak bangunan jatuh rebah.
Hari ini, WHO menjangkakan kematian akibat bencana itu seramai 20,000 orang.
Apakah yang berlaku sebenarnya?
Ada dua gempa berlaku. Gempa pertama berukuran 7.8 magnitud. Ia berlaku pada 4.17 pagi waktu Turkey hari Isnin 6 Februari 2023. Gempa kedua berlaku pada 1.24 petang hari yang sama berukuran 7.5 magnitud.
Kira-kira 5,606 bangunan telah musnah, lapor Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkey. 3,830 dilaporkan maut.
Di manakah ia berlaku?
Ia berlaku di bandar Nurdagi, negeri Gaziantep, Turkey. Gegaran turut dirasai di negara lain termasuk Lubnan, Mesir dan Iraq.
Di Syria pula, bandar Aleppo (Halab) terjejas teruk disebabkan gempa bumi ini. Lebih 1,000 dilaporkan meninggal dunia. Aleppo terletak di utara Syria.
Komen saya:
- Ini adalah peristiwa sedih kerana melibatkan kematian ramai orang. Boleh jadi, satu keluarga mati kerana kediaman apartment atau kondominium mereka hancur roboh, sekiranya mereka ada di rumah waktu kejadian.
- Tak boleh nak bayangkan betapa dahsyat kesan bencana ini.
- Ini semua adalah kuasa Allah. Menghidupkan dan mematikan. Bumi hanya akur menurut arahan sunnah alam.
- Ini salah satu tanda akhir zaman. Supaya kita mengambil pengajaran.
- Ucapan takziah dan huluran bantuan masyarakat antarabangsa kini bertali arus. Semua membantu apa termampu. Soal kemanusiaan. Soal nyawa. Soal kehidupan.
- Doa untuk saudara kita di Turkey dan Syria.
Selasa, 7 Februari 2023.
Bandar Baru Bangi.