Media dan isu pendidikan

BIDANG pendidikan adalah satu bidang utama dalam pentadbiran negara. Dua kementerian besar iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi menerima dana terbesar dalam bajet tahunan negara saban tahun. Ini menunjukkan betapa seriusnya tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Terdapat banyak isu semasa yang berlaku saban hari yang melibatkan dunia pendidikan. Contohnya: Cadangan pelajar bukan Bumiputera untuk […]

Kebebasan media, topik panas sepanjang masa

MENGAPAKAH topik kebebasan media sering menjadi isu yang selalu dimainkan? Jawapan saya ialah kerana media adalah satu perkara yang sangat penting dewasa ini. Semua pihak perlukan media. Kerajaan, syarikat perniagaan dan orang awam selaku pengguna. Media menjadi penghubung satu pihak kepada pihak massa. Parti politik kepada pengundi. Kerajaan kepada rakyat. Peniaga kepada pembeli. Begitulah seterusnya. […]

Kuasai media, kuasai negara

Apabila kita bercakap soal media, sebenarnya kita bercakap soal kuasa. Ramai melihat media sekadar laporan berita, penerbitan video, pengiklanan dan lain-lain dalam ruang lingkup sempit, sedangkan industri media sangatlah besar hingga menjadi rebutan pihak yang mahu menguasai negara. Saya tidaklah menafikan isu ekonomi dan perniagaan juga amat berkait rapat dengan dunia media. Bahkan syarikat-syarikat gergasi […]

Menulis Setiap Hari: Hari Keenam

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Amma bakdu. Hari Jumaat Pantas masa berlalu. Rasanya baru saja minggu lepas Solat Jumaat. Hari ini akan Solat Jumaat lagi. Semoga setiap masa yang berlalu akan menjadikan diri kita lebih baik dan lebih dekat kepada Allah. Larian harian ke-31 Pagi ini saya tidak berlari. Meraikan isteri yang ikut ke […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kelima

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Genap 30 hari berlari setiap hari Pejam celik, pejam celik sekejap saja sudah 30 hari. Amalan berlari tiap hari sudah menjadi ruti hidup. Adakah akan diteruskan lagi? Jawabnya ya, insya-Allah akan diteruskan kerana niat asalnya adalah untuk sihatkan tubuh badan. Untuk menjadi lebih kurus, semestinya […]

Menulis Setiap Hari: Hari Keempat

Bismillah. Segala syukur dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam. Idea Rancangan Baharu di TV Pertiwi Masih berfikir. Tentunya bingung memikirkan apakah yang perlu dibuat bagi memenuhi kehendak penonton. Terlalu banyak kelemahan. Rasa tak mampu. Tapi kalau nak tunggu sempurna, memang tak akan pernah sempurna. Paling kurang, lengkapkan […]

Menulis Setiap Hari: Hari Ketiga

Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Israel pandai berniaga? Saya terbaca satu posting di X berkenaan isu boikot dan ada satu fakta yang mengatakan bahawa orang Israel pandai berniaga. Buktinya, terlalu banyak syarikat besar yang pro-Israel. Kemudian ada pihak mengatakan bahawa orang Islam terutamanya orang Melayu tidak pandai berniaga. Kemudian ada pihak lain […]