Fikir jauh: Siapakah aku 20 tahun lagi?

PADA tahun ini, tahun 2020, saya berumur 34 tahun. Selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 2040, saya berusia 54 tahun. Siapakah saya pada ketika itu? Bagi menjawab soalan ini, ada beberapa kata-kata hikmah yang menjadi pedoman: Apa yang kita lakukan hari-hari, itulah yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Lihat siapa kita berkawan sekarang, […]

Perangkap ‘do what you love’

Robert Kiyosaki dalam satu video di youtube berkata, ramai anak muda terperangkap dengan ayat ‘do what you love’. Maksudnya, anak muda makin ramai yang bekerja sendiri (self-employed) kerana mahu bebas dan tidak terikat dengan jadual kerja, arahan bos dan komitmen selaku pekerja. Mereka lebih suka bekerja sendiri, jadi bos pada diri sendiri dan pekerja untuk […]

Sembang bisnes: Berniaga ke makan angin?

TERINGAT satu twit yang tular berkenaan bisnes yang maksudnya lebih kurang begini: Kalau sale tak pernah capai sejuta walau dah bertahun-tahun bisnes, sebenarnya kau ni berbisnes ke makan angin? Ayatnya mudah, agak kasar bagi sesetengah pihak tapi dilihat function terox bagi pihak lain. Masing-masing memberikan maklum balas yang pelbagai, bergantung kepada cara fikir masing-masing. Apa […]

JAGA MASA TUAN-TUAN (Kepentingan Menepati Masa Bagi Peniaga)

PERNAH beberapa kali, saya membatalkan tempahan pelanggan yang tidak muncul-muncul pada waktu serahan kereta. Berjanji pada waktu sekian sekian. Kemudian tidak muncul-muncul. Apabila dihubungi, tidak menjawab dengan baik berapa minit lagi yang diperlukan. Akhirnya saya meminta maaf dan membatalkan tempahannya kerana tidak tahan dengan sikapnya itu. Bayangkan jika hendak ambil kereta pun berlengah, bagaimana pula […]

Kepentingan Bermulut Manis Bagi Peniaga

SETIAP hari, kita akan berbincang dan menjawab soalan-soalan daripada pelanggan. Di sinilah kemahiran komunikasi kita akan diuji. Bermula dengan mimik muka, intonasi suara, pakaian, penggunaan bahasa, isi ucapan yang meyakinkan, semuanya memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Sudah tentu kita mahukan keputusan berpihak kepada kita. Ertinya, kemahiran komunikasi kita dianggap berkesan jika kita berjaya […]

Bisnes Bantu Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali di blog ini. Saya berhajat nak berkongsi sedikit berkenaan impian saya ketika mula bisnes. Antara nasihat yang saya terima daripada jurulatih-jurulatih keusahawanan ialah niatkan bisnes yang kita buat itu akan dapat membantu ramai orang. Selain menawarkan manfaat melalui barang dan perkhidmatan, kita juga boleh bantu orang lain dengan memberikan […]

I’m Malaysian first? Malay second or Chinese second?

Jangan terperangkap dengan soalan ini kawan-kawan. TS Muhyiddin pernah cakap dia ‘Malay first’ kemudian dihentam teruk, sedangkan kita tahu adakah UMNO atau PPBM yang menjadi parti politiknya pernah membelakangkan kaum Cina dan India. Lim Guan Eng pernah sebut dia ‘Malaysian first, Chinese second’ sedangkan tindak-tanduknya sangat kecinaan (cauvinis Cina). Malaysian bererti kewarganegaraan. Malay atau Chinese […]

Penuliskah aku?

Orang kata, kalau nak jadi penulis, tulislah setiap hari. Timbul persoalan, kenapa perlu jadi penulis? Soalan lain? Siapakah penulis? Tulis apa? Semua orang menulis. Panjang mahu pun pendek. Tulis secara formal, artikel panjang lebar dengan kupasan tajuk serius. Begitu juga dengan tulisan tidak formal. Kisah itu ini. Komen itu ini. Di Facebook umpamanya, begitu juga […]

Fokus Pada Diri

Bismillah. Angka kes jangkitan makin meningkat. Sehingga 2 April 2020 jam 12 tengah hari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 208 kes baru dan 5 kematian. Jumlah kes keseluruhan ialah 3,116 dengan 50 kematian. Mereka yang sembuh dan discaj pula sebanyak 122 menjadikan keseluruhannya 767 kes. Alhamdulillah. Kita (saya dan […]