Kesatuan Melayu Harus Melangkaui Politik Kepartian

Kesatuan Melayu Harus Melangkaui Politik Kepartian

1. Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang bekas pensyarah universiti yang sudah bersara beberapa tahun.

2. Beliau seorang yang terpelajar, ada PhD dan dahulu belajar di Amerika Syarikat.

3. Kami berbincang soal politik Melayu hari ini. Katanya, Melayu sudah makin lemah dalam politik negara. Tambah-tambah pula selepas PRU14.

4. Beliau mencadangkan parti-parti politik Melayu bersatu. Bina kuasa lebih besar dan kuat, tundukkan parti rasis dan cauvinis DAP.

5. Bagaimanakah caranya? Cadang beliau, parti yang ada dibubarkan, masuk parti lain. Tak kisah parti mana kena bubar, parti mana yang kekal.

6. Boleh jadi PAS bubar, masuk UMNO. UMNO bubar, masuk PAS. UMNO dan PAS bubar, masuk Bersatu.

7. Saya tanya, PAN macam mana? Beliau jawab, PAN bubar, masuk DAP. Haha, kami ketawa besar.

8. Apa respon saya? Saya tidak menyambut perbincangan ini dengan melontarkan pandangan atas dasar hormat kepada orang yang lebih tua dan waktu agak suntuk ketika itu.

9. Jadi, biarlah saya kongsi di sini pandangan saya. Betul, orang Melayu perlu bersatu. Bahkan ia adalah perintah Rabbani. Wajib dilaksanakan.

10. Dalam realiti hari ini, kesatuan Melayu yang didambakan oleh semua ialah kesatuan agenda dan matlamat biarpun berbagai-bagai bendera dan logo diangkat.

11. Berbekalkan cita-cita dan matlamat yang sama, kita mencipta satu kekuatan baru. Semua pihak bukan sahaja parti politik, akan turut serta menjayakan agenda ini berdasarkan kapasiti masing-masing.

12. Perseteruan bodoh dalam isu remeh-temeh hanya membuangkan masa dan melemahkan orang Melayu, seterusnya menjadi pintu kepada musuh mengambil kesempatan.

13. Ini adalah pelajaran besar yang perlu diberi perhatian. Sampai bila kita akan terus bersengketa. Kesatuan Melayu melangkaui politik kepartian perlu disegerakan.

14. Kitalah yang mesti menjayakannya. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau bukan sekarang, bila lagi.

Nota: Melayu Sepakat, Islam Berdaulat. Bukan setakat kerjasama PAS-UMNO sahaja. Melayu keseluruhannya.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *