Teknologi ganti kerja ‘bodoh’, kata Jack Ma

Ada yang berkongsi cerita bahawa rakannya telah dipecat disebabkan majikannya telah memanfaatkan ChatGPT untuk melakukan tugasnya.

Adakah majikannya kejam? Adakah kes seperti ini banyak berlaku? Adakah benar AI dan ChatGPT mampu menggantikan tenaga kerja manusia?

Saya secara peribadi suka dengan perkembangan teknologi hari ini yang banyak memudahkan urusan manusia.

Saya mendengar Jack Ma berceramah dalam satu video youtube berkenaan teknologi terkini yang membuatkan manusia kehilangan pekerjaan. Katanya, teknologi hanya menggantikan pekerjaan yang ‘bodoh’. Manusia bijak tak perlu risau, kata Jack Ma.

Dari satu sudut, saya setuju. Contohnya, kaunter bayaran tol dan bayaran parking. Ia lebih bagus jika diganti dengan sistem elektronik tapi bantuan manusia secara minimum tetap diperlukan bagi menyelesaikan masalah luar jangka.

Dari sudut lain, saya masih belum ada maklumat tepat dan mendalam mengenai bilangan orang dan bidang pekerjaan yang betul-betul terkesan. Ramai sangat ke kena buang kerja disebabkan teknologi? Atau adakah ini juga memberi peluang kepada manusia untuk meneroka bidang baharu?

Bagaimanapun saya bersetuju dengan seruan Jack Ma bahawa kita perlu menjadi manusia bijak sehingga kita tak perlu risau diganti oleh sesiapa kerana kita memang bijak.

Sekian, terima kasih.

askfirdaus.com
#amwriting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *