Matlamat hidup

1. Kita tak boleh terlepas daripada membincangkan tajuk ini sepanjang hayat.

2. Hal ini kerana matlamat hidup adalah satu perkara yang amat penting.

3. Sebagai usahawan, kita sedar duit bukan matlamat akhir hidup.

4. Orang kaya lebih mudah membantu orang lain. Lagi kaya seseorang itu, lagi banyak duit disumbangkan dan lebih ramai orang mendapat manfaat.

5. Cara nak jadi kaya antaranya ialah berniaga. Dengan berniaga, duit kita berpotensi berlipat kali ganda jumlahnya. Sebab itu ada orang terleka dengan perniagaan hingga abai banyak perkara yang lebih utama.

6. Dengan kerap mengingati matlamat hidup, kita akan berjaya mengelakkan diri daripada terpedaya dengan keindahan dunia yang sementara. Memang seronok ada duit banyak dalam dompet pada satu-satu masa tapi apa yang kita lakukan dengan duit itu.

7. Kadang-kadang kita juga terperangkap dengan zon selesa. Duit sudah apa. Jadi apa perlu susah payah lagi. Fokus saja pada kerja yang kita suka. Kita kena tahu jika kita usaha kuat sikit lagi dalam berniaga, kita akan mendapat hasil lebih banyak. Lebih ramai orang akan kita bantu. Tapi ada orang hanya berpada pada satu tahap sahaja. Enggan mengangkat diri ke tahap seterusnya.

8. Bagaimanakah gambaran kita terhadap kehidupan? Adakah ia seperti istana yang perlu diteroka segenap sudut dan menikmati semua yang terhidang termasuk yang dilarang? Atau adakah kehidupan ini umpama ladang tanaman yang perlu diusahakan bagi mendapat hasil di kemudian hari?

9. Wahai jiwa. Bacalah al-Quran dan fahamilah isi kandungannya. Ia adalah manual kehidupan kita kerana kita adalah makhluk-Nya. Allah mencipta kita dan membekalkan kita dengan kalam-Nya.

10. Hidup orang yang punya matlamat jauh sekali dengan orang yang tidak mempunyai matlamat.

Firdaus

www.askfirdaus.com

www.ismaweb.net

www.carrentalampang.com

#tazkirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *