Teknologi ganti kerja ‘bodoh’, kata Jack Ma

Ada yang berkongsi cerita bahawa rakannya telah dipecat disebabkan majikannya telah memanfaatkan ChatGPT untuk melakukan tugasnya. Adakah majikannya kejam? Adakah kes seperti ini banyak berlaku? Adakah benar AI dan ChatGPT mampu menggantikan tenaga kerja manusia? Saya secara peribadi suka dengan perkembangan teknologi hari ini yang banyak memudahkan urusan manusia. Saya mendengar Jack Ma berceramah dalam […]

Doa Untuk Turkiye dan Syria

SEMALAM saya melihat banyak gambar dan video gempa bumi yang melanda dua negara, Turkey dan Syria. Banyak bangunan jatuh rebah. Hari ini, WHO menjangkakan kematian akibat bencana itu seramai 20,000 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Ada dua gempa berlaku. Gempa pertama berukuran 7.8 magnitud. Ia berlaku pada 4.17 pagi waktu Turkey hari Isnin 6 Februari […]

Dua tugas besar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Kesembilan

TAK sampai sembilan bulan Tan Sri Muhyiddn Yassin menjadi Perdana Menteri Kelapan, sudah terdengar pihak mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Kesembilan. Pada 13 Oktober 2020, kira-kira jam 11 pagi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Anwar mengadap baginda. Dalam kenyataan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara […]

I’m Malaysian first? Malay second or Chinese second?

Jangan terperangkap dengan soalan ini kawan-kawan. TS Muhyiddin pernah cakap dia ‘Malay first’ kemudian dihentam teruk, sedangkan kita tahu adakah UMNO atau PPBM yang menjadi parti politiknya pernah membelakangkan kaum Cina dan India. Lim Guan Eng pernah sebut dia ‘Malaysian first, Chinese second’ sedangkan tindak-tanduknya sangat kecinaan (cauvinis Cina). Malaysian bererti kewarganegaraan. Malay atau Chinese […]

Fokus Pada Diri

Bismillah. Angka kes jangkitan makin meningkat. Sehingga 2 April 2020 jam 12 tengah hari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 208 kes baru dan 5 kematian. Jumlah kes keseluruhan ialah 3,116 dengan 50 kematian. Mereka yang sembuh dan discaj pula sebanyak 122 menjadikan keseluruhannya 767 kes. Alhamdulillah. Kita (saya dan […]

Apa di sebalik isu pergolakan dalaman PKR, PH

Bismillah. Penat juga baca isu pergolakan dalaman parti PKR dan PH. Apa di sebalik yang sedang berlaku? Apa yang kita boleh faham selaku rakyat biasa? Tiada kestabilan dalam kerajaan sekarang. Isu peralihan kuasa oleh Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar masih belum berkesudahan. Kepimpinan Anwar dalam PKR tidak lagi dipersetujui sebulat suara. Bagaimana Anwar […]

BILAKAH DRAMA INI AKAN BERAKHIR? RAKYAT SUDAH BOSAN!

1. Benarkah Azmin di dalam video itu? Jika ya, adakah Azmin akan meletakkan jawatan dan berundur daripada politik? Jika tidak, siapakah orangnya? Siapakah dalang yang mahu menjatuhkan Azmin? 2. Mengapakah polis tidak mengumumkan siapa lelaki seorang lagi dalam video itu? Adakah wujud campur tangan politik dalam siasatan? Jika ya, malang sekali buat polis kita. Jika […]

Kesatuan Melayu Harus Melangkaui Politik Kepartian

Kesatuan Melayu Harus Melangkaui Politik Kepartian 1. Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang bekas pensyarah universiti yang sudah bersara beberapa tahun. 2. Beliau seorang yang terpelajar, ada PhD dan dahulu belajar di Amerika Syarikat. 3. Kami berbincang soal politik Melayu hari ini. Katanya, Melayu sudah makin lemah dalam politik negara. Tambah-tambah pula selepas PRU14. 4. […]

Siapakah pemenang PRK Semenyih 2 Mac nanti?

Siapakah pemenang PRK Semenyih 2 Mac nanti? Pada PRU14: Undi PKR: 23,428 Undi BN + PAS: 21,430 Di atas kertas, sekiranya betul PAS dan BN bersepakat dengan menghantar seorang calon, kerjasama dua pihak ini masih belum berjaya mengalahkan calon PKR dengan beza 1,998 undi. Persoalannya, adakah pada PRK kali ini, PKR dapat mengekalkan jumlah undi […]

Liberal istilah negatif kerana berkiblatkan Barat

SYABAS dan tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysia kerana masih menolak liberalisme. Memang seharusnya kita rasa takut apabila diberi label ‘liberal’ kerana istilah ini adalah istilah yang amat negatif dan buruk. Perasaan takut dilabel ‘liberal’ mestilah sama takutnya dilabel sebagai ‘Syiah’ dan ‘sekular’ kerana ia berkiblatkan Barat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Ada orang mendefinisikan […]