Menulis Setiap Hari: Hari Keenam

Bismillah. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Amma bakdu. Hari Jumaat Pantas masa berlalu. Rasanya baru saja minggu lepas Solat Jumaat. Hari ini akan Solat Jumaat lagi. Semoga setiap masa yang berlalu akan menjadikan diri kita lebih baik dan lebih dekat kepada Allah. Larian harian ke-31 Pagi ini saya tidak berlari. Meraikan isteri yang ikut ke […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kelima

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Genap 30 hari berlari setiap hari Pejam celik, pejam celik sekejap saja sudah 30 hari. Amalan berlari tiap hari sudah menjadi ruti hidup. Adakah akan diteruskan lagi? Jawabnya ya, insya-Allah akan diteruskan kerana niat asalnya adalah untuk sihatkan tubuh badan. Untuk menjadi lebih kurus, semestinya […]

Menulis Setiap Hari: Hari Keempat

Bismillah. Segala syukur dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam. Idea Rancangan Baharu di TV Pertiwi Masih berfikir. Tentunya bingung memikirkan apakah yang perlu dibuat bagi memenuhi kehendak penonton. Terlalu banyak kelemahan. Rasa tak mampu. Tapi kalau nak tunggu sempurna, memang tak akan pernah sempurna. Paling kurang, lengkapkan […]

Menulis Setiap Hari: Hari Ketiga

Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Israel pandai berniaga? Saya terbaca satu posting di X berkenaan isu boikot dan ada satu fakta yang mengatakan bahawa orang Israel pandai berniaga. Buktinya, terlalu banyak syarikat besar yang pro-Israel. Kemudian ada pihak mengatakan bahawa orang Islam terutamanya orang Melayu tidak pandai berniaga. Kemudian ada pihak lain […]

Menulis Setiap Hari (Kita mula balik Day 1)

Bismillah. Segala syukur bagi Allah, Tuhan Pemberi Nikmat yang tidak putus-putus. Kita mula balik menulis tiap hari Sebelum ini, saya berjaya memecah kebuntuan dalam amalan penulisan dengan kejayaan menulis di blog ini setiap hari. Sebenarnya, saya sudah lama berazam untuk menulis setiap hari, mengulas isu semasa dan apa-apa perkongsian dalam bentuk penulisan. Namun, saya sering […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kelima (Hari keempat tak sempat tulis)

Bismillah. Segala syukur dipanjatkan kepada Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad beserta ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikutnya. Hari keempat tak sempat tulis Semalam, ada beberapa perkara berlaku hingga menyebabkan saya tak sempat buka laptop untuk menulis. Pagi semalam, saya berlari 30 minit kemudian bersiap untuk kelas […]

Menulis Setiap Hari: Hari Ketiga

Bismillah. Bersyukur kepada Allah atas segala nikmat. Gaza dan Palestin Pagi ini saya bangun dengan membaca berita-berita sedih berkenaan saudara seakidah di Gaza. Serangan masih berlangsung. Ramai menjadi korban termasuk wartawan. Hospital juga menjadi sasaran. Saya tidak boleh membayangkan keadaan ini terus berlaku dan pihak-pihak berkuasa dunia dan negara Islam tidak mampu berbuat apa-apa. Lemahnya […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kedua

Bismillah. Ini hari kedua menulis di blog dalam cabaran menulis setiap hari. Saya menulis setiap hari kerana saya nak. Hafazan Al-Quran Pagi ini saya telah mengulang hafazan Surah Al-Mursalat. Petang atau malam nanti saya cuba menghafaz muka surat pertama Surah At-Tahrim. Saya menghafaz Al-Quran kerana saya nak. Saya tidak menghafaz untuk orang lain. I am […]