Menemuramah YB Mohd Shafie Ngah (ADUN PAS Bangi N26). Tarikh September 2012. Majlis perasmian pejabat baru Isma Daerah Hulu Langat. Aiman Rosli sebagai jurukamera.
INI adalah sebahagian cerita saya bersama Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Cerita ini diungkapkan dalam bentuk temubual antara wartawan (saya) dan saya sendiri selaku yang ditemubual.
Bila mula bertugas di Ismaweb?
Saya tak pasti bilakah tarikh tepat saya mula bertugas di Ismaweb.
Agak-agaknya bila?
Saya mula bertugas dengan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pegawai penyelidik pada Februari 2011.
Ketika itu, saya lebih banyak diberi tugas melaksanakan apa-apa arahan Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Antara tugas saya ialah merangka draf kenyataan akhbar presiden, mengumpulkan berita-berita berkaitan Islam dan Melayu, menghadiri seminar mewakili Isma dan beberapa lagi tugas lain.
Pada akhir 2011, Isma telah menubuhkan satu pasukan (tiga orang staf baru; wartawan, jurukamera dan penyunting video) untuk menjalankan TV ISMA.
Tiba-tiba saya dilantik untuk menjadi ketua pasukan tersebut. Banyak video berita dan rancangan telah diterbitkan.
Setelah lebih setahun beroperasi, kami dipanggil semula oleh pihak atasan Isma supaya mula memberi fokus kepada berita teks untuk siaran di Ismaweb.
Ini berlaku pada awal 2013, tak silap saya.
Tak lama selepas itu, Ismaweb.net yang sebelumnya adalah portal rasmi Isma, telah dinaiktaraf menjadi Portal Berita Islam dan Melayu.
Kemudian, sebuah syarikat ditubuhkan iaitu Media Isma Sdn Bhd bagi memantau secara langsung operasi Ismaweb.
Apa tugas yang dimainkan dalam Ismaweb?
Jawatan yang saya pegang ialah Pengarang Ismaweb.
Apakah kerja seorang pengarang?
Pengarang bertanggungjawab memastikan portal berita menyiarkan berita-berita yang selari dengan agenda Islam dan Melayu.
Pengarang memantau berita dan memberi arahan kepada wartawan mencari dan membuat berita.
Pengarang menyemak hasil kerja wartawan, menyunting dan melepaskan berita itu untuk disiarkan.
Adakalanya, pengarang juga bertindak selaku wartawan.
Sebab itu, ada masanya saya hadir ke sidang media dan aktiviti untuk membuat liputan berita.
Seronok tak jadi pengarang di Ismaweb?
Saya tak pernah bekerja di tempat lain. Saya juga tak pernah buat kerja lain selain pegawai penyelidik.
Jujur saya katakan saya seronok bekerja sebagai pengarang.
Cuma…
Cuma apa tu?
Banyak cabaran kerja.
Contoh?
Nak tahu ke? Nanti jadi sesi luahan perasaan pula.
Cerita je.
Kerja sebagai pengarang di Ismaweb, semuanya melibatkan berita. Berita perlu disiarkan untuk tatapan umum.
Berita pula tak tentu masa. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, mesti berlaku sesuatu dan jika sesuai, liputan berita perlu dibuat.
Ini meletihkan. Inilah cabarannya.
Cabaran lain?
Entah. Kena rajin membaca dan menulis.
Mencabar ke?
Ya.
Selain jadi pengarang dan wartawan, apa lagi kerja di Ismaweb?
Saya jadi pengurus.
Urus apa tu?
Uruskan jadual cuti kerja staf. Uruskan jadual assignment wartawan.
Saya juga jadi penerbit rancangan Dimensi. Cari isu, cari panelis, siar poster.
Sekarang saya ada tugas baru iaitu mencari iklan.
Banyak ke iklan masuk di Ismaweb?
Tak banyak.
Sebab apa?
Sebab saya tak serius cari iklan.
Kenapa?
krik krik…
Saya juga jadi orang tengah jika Isma anjurkan program besar, saya jadi ajk media.
Apa kepuasan kerja di Ismaweb?
Saya puas sebab boleh main isu, tulis apa saya suka.
Suka isu apa?
Islam dan Melayu.
Tapi tak nampak macam main isu pun. Ikut isu orang adalah.
Ermmm. Ada, cuba baca betul-betul.
Ada benda nak cerita lagi?
Tak ada. Ada soalan lain?
Dah makan pagi?
Dah Alhamdulillah.
Makan apa?
Nasi kerabu.
Baiklah, jumpa lagi lain kali dengan cerita lain ya.
Baik.
#askfirdaus
#ismaweb
#ismagombak
#carrentalampang