Bisnes Kereta Sewa Terkesan Dengan Covid-19

Bismillah walhamdulillah

Pandemik Covid-19 menyerang dunia. Ramai dijangkiti. Ramai yang mati.

Malaysia umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 31 Mac. Kemudian dilanjutkan hingga 14 April. Ia bertujuan memutuskan rantaian jangkitan.

Banyak bisnes terkesan secara langsung termasuk kereta sewa. Rakyat perlu duduk di rumah. Semua aktiviti dihentikan. Tiada pergerakan keluar seperti sebelum ini.

Natijahnya, kereta-kereta tersimpan rapi di ruangan parkir. Harga minyak murah pun tak dapat dimanfaatkan. Apatah lagi menyewa kereta?

Apa pun saya bersyukur kerana masih sihat dan masih hidup. Masih boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Hanya bisnes yang terkesan.

Tiada pendapatan tambahan. Sebaliknya, ada kos lain yang perlu ditanggung seperti pinjaman bank, sewa, gaji dan lain-lain.

Realiti ini perlu ditelan dan dilihat dari sudut positif. Banyak pengajaran boleh diambil. Masa terluang perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tambah baik kualiti diri.

Akhir sekali, mari kita berdoa kepada Allah agar menghentikan penyebaran wabak ini supaya semua perkara boleh kembali seperti sedia kala.

Insya-Allah, Car Rental Ampang akan kembali beroperasi seperti biasa tidak lama lagi.

Firdaus
AskFirdaus.com
CarRentalAmpang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *