Semua orang ada masalah. Semua orang akan diuji dalam kehidupan.
Hidup ini memang ujian. Apa yang membezakan antara kita ialah bagaimana kita menghadapi dan mengatasi ujian dan cabaran. Ada dua perkara yang saya belajar dalam menghadapi ujian dan masalah.
Pertama, fokuskan pemikiran pada langkah penyelesaian. Bukan pada masalah semata-mata. Kalau kita asyik fikir masalah itu masalah ini, ia tidak akan menyelesaikan bahkan menambah keserabutan.
Sebaliknya, jika kita berehat seketika dan berfikir apakah langkah penyelesaian yang boleh kita lakukan, nescaya kita akan bergerak maju ke hadapan.
Kedua, fokuskan pada kekuatan diri kita. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan.
Senaraikan kekuatan diri dan fikir bagaimana kita boleh memanfaatkan kekuatan dalam menyelesaikan masalah. Kita akan nampak jalan keluar.
Sekian sahaja perkongsian pagi ini. Semoga kita terus positif dalam kehidupan akhir zaman yang penuh dugaan.