Menulis Setiap Hari: Hari Keempat

Bismillah.
Segala syukur dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam.

Idea Rancangan Baharu di TV Pertiwi

Masih berfikir. Tentunya bingung memikirkan apakah yang perlu dibuat bagi memenuhi kehendak penonton. Terlalu banyak kelemahan. Rasa tak mampu. Tapi kalau nak tunggu sempurna, memang tak akan pernah sempurna. Paling kurang, lengkapkan dahulu proposalnya. Jelaskan ideanya. Jelaskan perinciannya. Kemudian, set tarikh untuk perbincangan. Kemudian, set tarikh untuk pelaksanaan. Itu sahaja. Lagi ditunggu, lagi buntu, lagi bazir masa, lagi tidak produktif.

Makanya, hari ini akan ku maklumkan pada teman bilakah sesi perbincangan. Juga bermula hari ini, aku perincikan ideaku.

Berundur bukan bererti kalah

Ini akan ku tulis jadi status facebook ku. Ya. Berundur bukan bererti kalah. Cuma, kita memilih untuk berundur kerana alasan tertentu. Bukan sebab mengalah. Kita tahu kita tidak kalah kerana hujah kita kuat. Hujah mereka kita bisa patahkan. Kita bangsa pejuang. Pantang sekali berundur. Tapi ada alasan tertentu kenapa berundur. Biarkan lah. Ia keputusan yang perlu dipatuhi.

Morning Routine: Al-Quran time

Alhamdulillah pagi tadi sempat membuka naskhah Al-Quran dan meluangkan masa awal pagi bersamanya. Ini satu usaha saya untuk jadi lebih baik. Semoga amalan ini berterusan sepanjang hayat.

Larian hari ke-29

Esok genap 30 hari saya berlari setiap hari. Insya-Allah akan buat satu video perkongsian mengenai larian ini.

Kemerdekaan Sebenar Palestin

Hari ini 15 November 2023. Ada pihak membuat kempen memakai baju hijau bagi meraikan kemerdekaan Palestin pada tahun 1988. Bagi saya, ia bukanlah kemerdekaan kerana pada 15 November 1988, Palestin yang diisytihar merdeka itu bukanlah mengikut peta Palestin yang asal. Palestin yang dimaksudkan ialah Gaza dan Tebing Barat. Sedangkan Palestin yang asal adalah keseluruhan negara termasuk yang kini dijajahi Israel.

Jadi, kemerdekaan sebenar Palestin pada pandangan saya ialah ketika sebelum tahun 1917, iaitu sebelum kemasukan penjajah British. Ketika itu, Palestin adalah sebuah negara berdaulat yang bernaung di bawah Khilafah Islam Usmaniyyah.

Selepas kejatuhan Khilafah, Palestin kemudian dijajah oleh British. Kemudian British memberi laluan kepada Yahudi Zionis untuk menubuhkan negara haram di tanah Palestin pada 1948. Inilah yang sebenarnya berlaku dan perkara ini perlu kita faham kenapa Hamas bersungguh-sungguh mempertahankan negara itu dan menolak pengiktirafan Israel.

Penutup

Setakat ini dahulu perkongsian hari ini. Kita jumpa lagi esok.

Firdaus.
12.22 tengah hari.
15 November 2023.
Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *