Menulis Setiap Hari: Hari Kelima

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Genap 30 hari berlari setiap hari

Pejam celik, pejam celik sekejap saja sudah 30 hari. Amalan berlari tiap hari sudah menjadi ruti hidup. Adakah akan diteruskan lagi? Jawabnya ya, insya-Allah akan diteruskan kerana niat asalnya adalah untuk sihatkan tubuh badan.

Untuk menjadi lebih kurus, semestinya saya kena amalkan OMAD. Berlari semata-mata tidak boleh kuruskan badan, kalau betul pun, ia perlukan masa panjang. Faktor makan adalah paling penting dalam menurunkan berat badan.

Saya ada buat satu video perkongsian di tiktok.

Benda betul tapi susah

Ya, sekarang saya berada di fasa menyiapkan skrip rancangan Pertiwi Trending. Memang susah. Susah nak pilih topik. Susah nak cari isi dan susah nak menulis skrip.

Tapi saya faham ini adalah satu tindakan betul kerana saya perlu membuat content yang betul-betul berkesan dan memberi impak, bukan sekadar membuat content biasa-biasa yang mudah.

Membaca 10 muka surat setiap hari

Ini satu lagi amalan yang betul diamalkan tapi saya tahu ia penting. Namun, saya belum memulakannya lagi. Insya-Allah saya akan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca 10 muka surat. Pertama sekali, saya perlu memilih buku apa saya nak baca. Baik, saya memilih buku Bisnes Media dan Prinsip Jurnalistik, tulisan Datuk Chamil Wariya.

Seterusnya, saya kena cari masa dan tempat yang khas untuk baca buku. Mungkin kena ada kopi di sebelah.

Penutup

Hari ini adalah hari yang baik yang perlu disyukuri. Semoga semua pembaca berjaya dalam kehidupan.

Firdaus.
11.17 pagi.
16 November 2023.
Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *