Media dan isu pendidikan

Bajet untuk pendidikan memang besar. Sumber gambar: The Star

BIDANG pendidikan adalah satu bidang utama dalam pentadbiran negara. Dua kementerian besar iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi menerima dana terbesar dalam bajet tahunan negara saban tahun. Ini menunjukkan betapa seriusnya tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan.

Terdapat banyak isu semasa yang berlaku saban hari yang melibatkan dunia pendidikan. Contohnya:

  1. Cadangan pelajar bukan Bumiputera untuk masuk kursus pengajian kepakaran perubatan jantung di Universiti Teknologi Mara (UiTM). UiTM adalah satu institusi pendidikan khas untuk Bumiputera.
  2. Sekolah agama di Melaka perlukan masa 5 bulan untuk mendapat kerusi meja untuk murid.
  3. Sambutan Hari Guru pada 16 Mei lepas.
  4. Kontroversi Sekolah Menengah Khir Johari di Sungai Petani yang mahu dikhususkan buat pelajar Tingkatan Enam sahaja. Ia mendapat bantahan ramai pihak terutamanya golongan ibu bapa.
  5. Cuti sekolah 2 minggu bakal bermula tidak lama lagi.
  6. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bakal berlangsung pada 24 Mei hingga 2 Jun.

Dan banyak lagi.

Isu-isu lain yang ‘evergreen’ dalam dunia pendidikan ialah:

  1. Isu sekolah vernakular yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Mereka mendapat dana kerajaan hasil usaha pemimpin politik sedangkan kerajaan tidak perlu membiayai mereka.
  2. Sekolah daif di serata Malaysia.
  3. Kualiti pelajar.
  4. Masalah guru.
  5. Isu sekolah agama dan sekolah tahfiz.
  6. Makanan tidak sihat dijual di kantin sekolah.
  7. Tiada lagi UPSR menyukarkan penilaian masuk ke sekolah menengah.
  8. Isu beg sekolah berat.

Dan banyak lagi.

Justeru, saya berpandangan adalah amat wajar jika pihak media memberikan tumpuan penuh kepada isu-isu pendidikan supaya ia mendapat perhatian sewajarnya dalam kalangan pembuat dasar dan pemimpin atasan, juga boleh membuka mata masyarakat agar prihatin terhadap bidang ini.

Nota: Biasalah, selagi diri sendiri tak terkena tempias, kita tak akan ambil berat. Apabila terkena, baru kita tahu pentingnya sesuatu perkara.

Firdaus
Askfirdaus.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *