GENOSID bermaksud penghapusan sesuatu bangsa atau kaum. Apa yang berlaku di Gaza, bukan lagi peperangan, tetapi genosid. Meskipun umat Islam di Gaza dan Tebing Barat memiliki kekuatan ketenteraan sendiri dan terus melawan hingga sekarang, keadaan hari ini langsung tidak menggambarkan peperangan, sebaiknya usaha penghapusan rakyat Palestin oleh rejim Zionis Israel dan disokong oleh sekutu mereka […]
Category: Isu Semasa
Cerita satu ringgit orang Melayu
REALITI orang Melayu hari ini bertitik-tolak daripada sejarah dahulu kala. Dahulunya orang Melayu sekian sekian. Kini sudah jadi sekian sekian. Sedikit masa lagi, akan jadi sekian sekian jika tiada perubahan. Dialog seperti ini sering kita dengar dan kadang-kadang kita sendiri yang menjadi pengulasnya. Saya pernah dengar kisah satu ringgit orang Melayu yang dijadikan perumpamaan oleh […]
Media dan isu pendidikan
BIDANG pendidikan adalah satu bidang utama dalam pentadbiran negara. Dua kementerian besar iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi menerima dana terbesar dalam bajet tahunan negara saban tahun. Ini menunjukkan betapa seriusnya tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Terdapat banyak isu semasa yang berlaku saban hari yang melibatkan dunia pendidikan. Contohnya: Cadangan pelajar bukan Bumiputera untuk […]
Kebebasan media, topik panas sepanjang masa
MENGAPAKAH topik kebebasan media sering menjadi isu yang selalu dimainkan? Jawapan saya ialah kerana media adalah satu perkara yang sangat penting dewasa ini. Semua pihak perlukan media. Kerajaan, syarikat perniagaan dan orang awam selaku pengguna. Media menjadi penghubung satu pihak kepada pihak massa. Parti politik kepada pengundi. Kerajaan kepada rakyat. Peniaga kepada pembeli. Begitulah seterusnya. […]
Kuasai media, kuasai negara
Apabila kita bercakap soal media, sebenarnya kita bercakap soal kuasa. Ramai melihat media sekadar laporan berita, penerbitan video, pengiklanan dan lain-lain dalam ruang lingkup sempit, sedangkan industri media sangatlah besar hingga menjadi rebutan pihak yang mahu menguasai negara. Saya tidaklah menafikan isu ekonomi dan perniagaan juga amat berkait rapat dengan dunia media. Bahkan syarikat-syarikat gergasi […]
Teknologi ganti kerja ‘bodoh’, kata Jack Ma
Ada yang berkongsi cerita bahawa rakannya telah dipecat disebabkan majikannya telah memanfaatkan ChatGPT untuk melakukan tugasnya. Adakah majikannya kejam? Adakah kes seperti ini banyak berlaku? Adakah benar AI dan ChatGPT mampu menggantikan tenaga kerja manusia? Saya secara peribadi suka dengan perkembangan teknologi hari ini yang banyak memudahkan urusan manusia. Saya mendengar Jack Ma berceramah dalam […]
Doa Untuk Turkiye dan Syria
SEMALAM saya melihat banyak gambar dan video gempa bumi yang melanda dua negara, Turkey dan Syria. Banyak bangunan jatuh rebah. Hari ini, WHO menjangkakan kematian akibat bencana itu seramai 20,000 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Ada dua gempa berlaku. Gempa pertama berukuran 7.8 magnitud. Ia berlaku pada 4.17 pagi waktu Turkey hari Isnin 6 Februari […]
Dua tugas besar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Kesembilan
TAK sampai sembilan bulan Tan Sri Muhyiddn Yassin menjadi Perdana Menteri Kelapan, sudah terdengar pihak mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Kesembilan. Pada 13 Oktober 2020, kira-kira jam 11 pagi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Anwar mengadap baginda. Dalam kenyataan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara […]
I’m Malaysian first? Malay second or Chinese second?
Jangan terperangkap dengan soalan ini kawan-kawan. TS Muhyiddin pernah cakap dia ‘Malay first’ kemudian dihentam teruk, sedangkan kita tahu adakah UMNO atau PPBM yang menjadi parti politiknya pernah membelakangkan kaum Cina dan India. Lim Guan Eng pernah sebut dia ‘Malaysian first, Chinese second’ sedangkan tindak-tanduknya sangat kecinaan (cauvinis Cina). Malaysian bererti kewarganegaraan. Malay atau Chinese […]
Fokus Pada Diri
Bismillah. Angka kes jangkitan makin meningkat. Sehingga 2 April 2020 jam 12 tengah hari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 208 kes baru dan 5 kematian. Jumlah kes keseluruhan ialah 3,116 dengan 50 kematian. Mereka yang sembuh dan discaj pula sebanyak 122 menjadikan keseluruhannya 767 kes. Alhamdulillah. Kita (saya dan […]