APA NAK BUAT AWAL-AWAL NI UNTUK MULAKAN BISNES KERETA SEWA?

Mr Charlie menyewa Triton baru-baru ini.

Perlu ke buka syarikat atau daftar syarikat di SSM?

Ada dua manfaat kalau daftar syarikat di SSM.

Pertama, boleh buka akaun semasa. Akaun semasa syarikat ini penting untuk berurusan dengan pelanggan. Senang. Pelanggan pun percaya dengan kita.

Selain itu, boleh asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Duit peribadi di akaun simpanan peribadi guna untuk kegunaan peribadi. Duit bisnes di akaun semasa syarikat guna untuk kegunaan bisnes.

Kedua, apabila dah berdaftar dengan SSM, kita dapat nama rasmi syarikat. Boleh jadi bahan branding untuk dihebahkan. Buat logo, tshirt dan lain-lain.

Ada orang brandingkan nama syarikat. Ada orang brandingkan nama produk untuk dihebahkan. Macam Milo. Yang dihebahkan/diiklankan ialah Milo, bukan Nestle.

Berbalik kepada tajuk? Apa nak buat awal-awal nak mula bisnes ni? Daftar syarikat di SSM ke?

Saya jawab, boleh juga. Tapi yang lebih penting ialah mulakan hebahan dan iklan untuk cari pelanggan.

Ya, cari pelanggan. Tak ada kereta pun tak apa. Tak ada akaun semasa pun tak apa. Tak ada syarikat di SSM pun tak apa.

Bagaimana nak cari pelanggan? Tengok macam mana orang lain buat. Atau fikir macam mana kita boleh beli sarapan kita pagi ni. Can’t relate ah? 😂

www.askfirdaus.com
www.carrentalampang.com

#bisnes
#cerita
#keretasewa
#kongsicerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *