Penuliskah aku?

Orang kata, kalau nak jadi penulis, tulislah setiap hari.

Timbul persoalan, kenapa perlu jadi penulis?

Soalan lain? Siapakah penulis?

Tulis apa?

Semua orang menulis. Panjang mahu pun pendek. Tulis secara formal, artikel panjang lebar dengan kupasan tajuk serius. Begitu juga dengan tulisan tidak formal. Kisah itu ini. Komen itu ini. Di Facebook umpamanya, begitu juga di Twitter. Semua orang menulis.

Jadi, apakah persoalan sebenar di sini?

Saya bertanya kepada diri saya, bukan orang lain.

Apa yang saya tahu ialah penulis adalah seseorang yang menyampaikan idea dan pemikirannya kepada masyarakat. Dalam apa jua bentuk penulisan. Untuk apa jua tujuannya.

Sentiasa menyampaikan sudut pandangnya untuk ‘dibeli’ oleh orang lain. Supaya keadaan berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain.

Menyampaikan: ini satu kata kunci penting.

Perubahan: ini satu lagi kata kunci penting.

Dua kata kunci ini, jika dinisbahkan kepada diri saya, ia berkait rapat dengan perkataan dakwah.

Dakwah ialah mengajak orang lain berubah daripada kegelapan dunia ke arah cahaya Islam. Wah, skemanya jawapan.

Tapi betul. Serius.

Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam kursus penulisan yang saya sertai dahulu. Kata beliau, lebih kurang maksudnya begini: Penulis itu adalah pendakwah. Sebelum menulis, dia menjadikan dirinya pendakwah. Dia berdakwah kepada dirinya dahulu sebelum berdakwah kepada orang lain. Barulah tulisannya berjaya mengesani orang lain, kelompok pembacanya.

Dalam buku Tazkirah Duah, Sheikh Al-Bahi Al-Khuli pula menyebut bahawa penulisan adalah sebahagian daripada saluran berdakwah. Penulis tak semestinya pendakwah. Pendakwah tak semestinya menulis. Boleh jadi berceramah.

Jadi, apa persoalan sekarang bagi dirimu wahai Firdaus?

Menulis untuk berdakwah. Berdakwah melalui penulisan. Baik, dua perkara ini betul tapi terlalu skema. (Apa masalah skema? Tak boleh skema ke?)

Sempena PKP yang dah masuk fasa kedua ini, yang masih jauh lagi perjalanannya menuju 14 April, maka saya akan banyakkan menulis di blog ini. Maksudnya apa? Maksudnya, saya akan banyak menulis di blog ini. Sasarannya setiap hari.

Apa yang akan dituliskan? Apa sahaja yang mampu ditulis, saya akan tulis. Akan tetapi, matlamat akhirnya ialah mengajak pembaca ke arah kebaikan dan kebenaran. Boleh?

Lagi?

Apa isinya? What is the content? Idk. Mungkin itu mungkin ini. Mungkin berkaitan diri saya sahaja, mungkin berkaitan orang lain. Mungkin isu semasa. Mungkin sekadar coretan biasa, perkongsian bisnes kereta sewa. Mungkin berkaitan kekeluargaan. Apa sahaja.

Saya tidak terikat untuk menulis sesuatu tajuk kerana ini adalah blog peribadi saya. Saya bebas nak tulis apa. Bebas menggunakan format apa yang saya suka. Tak ikut format pun boleh.

Boleh kan?

Ya boleh. Asalkan saya bahagia dengan menulis. Memuntahkan apa sahaja yang ada di minda dalam bentuk susunan kata dan perkataan.

Tapi kan. Sebenarnya, adalah lebih baik jika saya menulis sesuatu isu yang berat. Ada fakta, hujah, dakwaan itu ini dan sebagainya. Maksudnya, another level of writing skills.

Betul, saya cuba untuk menulis semacam itu juga. Rencana lebih kurang. Atau pendapat mengenai sesuatu isu yang sarat dengan fakta dan hujah menarik. Bisa aja jika saya mahu.

Baik, sekarang kita nak mula dengan tajuk apa? Sesi brainstorming bermula.

Jap, nak buat vlog pun terfikir juga kan. Tapi kena brainstorm dulu.

Kata kunci seterusnya ialah konsisten. Ada content. Persembahan mesti menarik. Kalau buat video ni, kena belajar video editing lah, selain fikir apa contentnya, skripnya.

Baik, melalut sampai ke video making pula perginya.

So, what’s next? Brainstorming okay.

Mohon izin duluan ya.

Firdaus
AskFirdaus.com
CarRentalAmpang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *