DIARI OMAD (ONE MEAL A DAY) SELAMA 5 BULAN

Bismillah. Ini catatan diari perjalanan saya untuk sihat dan kurus dengan cara OMAD iaitu One Meal A Day.

Saya memilih untuk makan tengah hari sahaja. Sarapan pagi dan makan malam saya tolak tepi.

Esok, Selasa, 1 Februari 2022 adalah hari pertama. Saya ingin menjalankan OMAD selama 5 bulan. Ia akan tamat pada 30 Jun 2022.

Insya-Allah saya akan membuat catatan harian di blog ini sebagai perkongsian dan juga salah satu cara saya untuk kekal ingat program OMAD ini. Saya tahu saya akan hadapi pelbagai cabaran. Mudah-mudahan dengan menulis di sini, ia akan membantu saya fokus kepada matlamat yang ingin dituju iaitu sihat dan kurus.

Saya perlu amalkan gaya hidup sihat iaitu bersukan. Saya memilih untuk berlari 3 kali seminggu dan bermain dumbel 2 kali seminggu.

Saya juga ingin mengamalkan minum air kosong sebanyak dua liter setiap hari.

Setakat ini dahulu untuk catatan pertama pada malam ini. Insya-Allah esok saya tulis lagi berkenaan program ini.

Sekian, terima kasih.

Firdaus. 31 Jan 2022. 10.57pm. Temiang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *