REALITI orang Melayu hari ini bertitik-tolak daripada sejarah dahulu kala. Dahulunya orang Melayu sekian sekian. Kini sudah jadi sekian sekian. Sedikit masa lagi, akan jadi sekian sekian jika tiada perubahan. Dialog seperti ini sering kita dengar dan kadang-kadang kita sendiri yang menjadi pengulasnya. Saya pernah dengar kisah satu ringgit orang Melayu yang dijadikan perumpamaan oleh […]
Category: Cerita
Bagaimana jadi pemimpin ketika perang (krisis)? Jawapannya dalam buku ‘Lessons from a Warzone’
JUDUL buku ini agak mengerikan dan terasa jauh dan tiada kaitan dengan kita. Ini persepsi awal saya ketika melihat muka depan buku ini. Saya teruskan membelek dan ayat How to be a Resilient Leader in Times of Crisis telah menangkap perhatian saya. Oh, rupanya buku yang ditulis oleh orang kuat bank warga Syria ini bercakap […]
Guru saya dalam bidang media
HARI ini hari Khamis bersamaan 16 Mei 2024. 16 Mei adalah hari meraikan insan bergelar guru. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar saya sejak di bangku tadika hinggalah sekarang. Jasa guru sangat besar dalam membentuk peribadi saya. Memang wajar profesion guru diberikan satu hari khas iaitu 16 Mei sebagai tanda […]
Catatan peribadi: Saya dan TV Pertiwi
Bismillah. TV Pertiwi mula ditubuhkan pada Julai 2018. Saya antara kakitangan yang ada ketika TV Pertiwi dibangunkan. Hari ini sudah Mac 2023. Pada bulan Julai nanti, genap lima tahun TV Pertiwi beroperasi. Ada yang bertanya, kenapa saya setia sangat kerja di sini? Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin menjawab soalan apakah TV Pertiwi dan kenapa […]
Dua acara larian awal 2023
PADA awal tahun ini, saya telah mendaftar dalam dua acara larian jarak jauh iaitu Alor Setar Half Marathon 2023 yang bakal berlangsung pada 4 Mac dan Twincity Marathon 2023 pada 12 Mac. Di Alor Setar, saya akan berlari sejauh 21 km. Di Cyberjaya dan Putrajaya pula, saya akan berlari sejauh 42 km. Acara 21 km […]
DIARI OMAD (ONE MEAL A DAY) SELAMA 5 BULAN
Bismillah. Ini catatan diari perjalanan saya untuk sihat dan kurus dengan cara OMAD iaitu One Meal A Day. Saya memilih untuk makan tengah hari sahaja. Sarapan pagi dan makan malam saya tolak tepi. Esok, Selasa, 1 Februari 2022 adalah hari pertama. Saya ingin menjalankan OMAD selama 5 bulan. Ia akan tamat pada 30 Jun 2022. […]
Beli rumah: Pelaburan jangka panjang
Bismillah. Tajuk ini agak menarik untuk dibincangkan. Semua orang mahu memiliki rumah. Tapi ramai juga mengelak untuk berbincang lebih lanjut mengenai pembelian rumah. Kenapa? (Ada berita baik di bawah, baca sampai habis) Rumah adalah perkara asas dalam hidup semua orang. Biasa kita dengar, suami selaku ketua keluarga, kalau tak dapat beli rumah pun, menyewa sudah […]
Fikir jauh: Siapakah aku 20 tahun lagi?
PADA tahun ini, tahun 2020, saya berumur 34 tahun. Selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 2040, saya berusia 54 tahun. Siapakah saya pada ketika itu? Bagi menjawab soalan ini, ada beberapa kata-kata hikmah yang menjadi pedoman: Apa yang kita lakukan hari-hari, itulah yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Lihat siapa kita berkawan sekarang, […]
I turned 34 two days ago
BISMILLAH. Alhamdulillah syukur kepada Allah dikurniakan umur dan banyak lagi nikmat dalam hidup ini. Ada beberapa titik penting yang bermain di fikiran ketika ini: 1. Umur hanyalah nombor. Ia bukan penghalang untuk kita mencapai apa yang kita mahukan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 2. Mati itu tak mengira umur. Sesiapa boleh mati. […]
JAGA MASA TUAN-TUAN (Kepentingan Menepati Masa Bagi Peniaga)
PERNAH beberapa kali, saya membatalkan tempahan pelanggan yang tidak muncul-muncul pada waktu serahan kereta. Berjanji pada waktu sekian sekian. Kemudian tidak muncul-muncul. Apabila dihubungi, tidak menjawab dengan baik berapa minit lagi yang diperlukan. Akhirnya saya meminta maaf dan membatalkan tempahannya kerana tidak tahan dengan sikapnya itu. Bayangkan jika hendak ambil kereta pun berlengah, bagaimana pula […]