Cerita satu ringgit orang Melayu

REALITI orang Melayu hari ini bertitik-tolak daripada sejarah dahulu kala. Dahulunya orang Melayu sekian sekian. Kini sudah jadi sekian sekian. Sedikit masa lagi, akan jadi sekian sekian jika tiada perubahan. Dialog seperti ini sering kita dengar dan kadang-kadang kita sendiri yang menjadi pengulasnya. Saya pernah dengar kisah satu ringgit orang Melayu yang dijadikan perumpamaan oleh […]

Kenapa saya suka menulis?

SAYA mula belajar menulis blog ketika zaman belajar di universiti. Sebelum itu, saya hanya menulis di buku nota sekolah. Saya catat isi-isi penting kuliah Maghrib di zaman sekolah menengah. Di alam pekerjaan, kerja saya memang menulis. Menulis artikel, berita dan kenyataan media. Saya juga menulis laporan program yang saya hadiri. Blog ini wujud selepas saya […]

Bagaimana jadi pemimpin ketika perang (krisis)? Jawapannya dalam buku ‘Lessons from a Warzone’

JUDUL buku ini agak mengerikan dan terasa jauh dan tiada kaitan dengan kita. Ini persepsi awal saya ketika melihat muka depan buku ini. Saya teruskan membelek dan ayat How to be a Resilient Leader in Times of Crisis telah menangkap perhatian saya. Oh, rupanya buku yang ditulis oleh orang kuat bank warga Syria ini bercakap […]

FOCUS ON THE SOLUTION AND YOUR STRENGTH

Semua orang ada masalah. Semua orang akan diuji dalam kehidupan. Hidup ini memang ujian. Apa yang membezakan antara kita ialah bagaimana kita menghadapi dan mengatasi ujian dan cabaran. Ada dua perkara yang saya belajar dalam menghadapi ujian dan masalah. Pertama, fokuskan pemikiran pada langkah penyelesaian. Bukan pada masalah semata-mata. Kalau kita asyik fikir masalah itu […]

Catatan peribadi: Saya dan TV Pertiwi

Bismillah. TV Pertiwi mula ditubuhkan pada Julai 2018. Saya antara kakitangan yang ada ketika TV Pertiwi dibangunkan. Hari ini sudah Mac 2023. Pada bulan Julai nanti, genap lima tahun TV Pertiwi beroperasi. Ada yang bertanya, kenapa saya setia sangat kerja di sini? Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin menjawab soalan apakah TV Pertiwi dan kenapa […]

Beli rumah: Pelaburan jangka panjang

Bismillah. Tajuk ini agak menarik untuk dibincangkan. Semua orang mahu memiliki rumah. Tapi ramai juga mengelak untuk berbincang lebih lanjut mengenai pembelian rumah. Kenapa? (Ada berita baik di bawah, baca sampai habis) Rumah adalah perkara asas dalam hidup semua orang. Biasa kita dengar, suami selaku ketua keluarga, kalau tak dapat beli rumah pun, menyewa sudah […]

Fikir jauh: Siapakah aku 20 tahun lagi?

PADA tahun ini, tahun 2020, saya berumur 34 tahun. Selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 2040, saya berusia 54 tahun. Siapakah saya pada ketika itu? Bagi menjawab soalan ini, ada beberapa kata-kata hikmah yang menjadi pedoman: Apa yang kita lakukan hari-hari, itulah yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Lihat siapa kita berkawan sekarang, […]

Perangkap ‘do what you love’

Robert Kiyosaki dalam satu video di youtube berkata, ramai anak muda terperangkap dengan ayat ‘do what you love’. Maksudnya, anak muda makin ramai yang bekerja sendiri (self-employed) kerana mahu bebas dan tidak terikat dengan jadual kerja, arahan bos dan komitmen selaku pekerja. Mereka lebih suka bekerja sendiri, jadi bos pada diri sendiri dan pekerja untuk […]