Menulis Setiap Hari (Kita mula balik Day 1)

Bismillah. Segala syukur bagi Allah, Tuhan Pemberi Nikmat yang tidak putus-putus. Kita mula balik menulis tiap hari Sebelum ini, saya berjaya memecah kebuntuan dalam amalan penulisan dengan kejayaan menulis di blog ini setiap hari. Sebenarnya, saya sudah lama berazam untuk menulis setiap hari, mengulas isu semasa dan apa-apa perkongsian dalam bentuk penulisan. Namun, saya sering […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kelima (Hari keempat tak sempat tulis)

Bismillah. Segala syukur dipanjatkan kepada Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad beserta ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikutnya. Hari keempat tak sempat tulis Semalam, ada beberapa perkara berlaku hingga menyebabkan saya tak sempat buka laptop untuk menulis. Pagi semalam, saya berlari 30 minit kemudian bersiap untuk kelas […]

Menulis Setiap Hari: Hari Ketiga

Bismillah. Bersyukur kepada Allah atas segala nikmat. Gaza dan Palestin Pagi ini saya bangun dengan membaca berita-berita sedih berkenaan saudara seakidah di Gaza. Serangan masih berlangsung. Ramai menjadi korban termasuk wartawan. Hospital juga menjadi sasaran. Saya tidak boleh membayangkan keadaan ini terus berlaku dan pihak-pihak berkuasa dunia dan negara Islam tidak mampu berbuat apa-apa. Lemahnya […]

Menulis Setiap Hari: Hari Kedua

Bismillah. Ini hari kedua menulis di blog dalam cabaran menulis setiap hari. Saya menulis setiap hari kerana saya nak. Hafazan Al-Quran Pagi ini saya telah mengulang hafazan Surah Al-Mursalat. Petang atau malam nanti saya cuba menghafaz muka surat pertama Surah At-Tahrim. Saya menghafaz Al-Quran kerana saya nak. Saya tidak menghafaz untuk orang lain. I am […]

Menulis Setiap Hari: Hari Pertama

Bismillah. Banyak perkara berlaku hari ini. Banyak juga perkara bermain di fikiran. Berlari setiap hari Hari ini saya berjaya meneruskan larian setiap hari buat kali ke-16. Maksudnya dalam tempoh 16 hari, saya sudah berlari setiap hari. Pada 7 hari pertama, saya berlari selama 30 minit. Jaraknya lebih 3km. Pada 7 hari berikutnya, saya berlari sejauh […]

FOCUS ON THE SOLUTION AND YOUR STRENGTH

Semua orang ada masalah. Semua orang akan diuji dalam kehidupan. Hidup ini memang ujian. Apa yang membezakan antara kita ialah bagaimana kita menghadapi dan mengatasi ujian dan cabaran. Ada dua perkara yang saya belajar dalam menghadapi ujian dan masalah. Pertama, fokuskan pemikiran pada langkah penyelesaian. Bukan pada masalah semata-mata. Kalau kita asyik fikir masalah itu […]

Teknologi ganti kerja ‘bodoh’, kata Jack Ma

Ada yang berkongsi cerita bahawa rakannya telah dipecat disebabkan majikannya telah memanfaatkan ChatGPT untuk melakukan tugasnya. Adakah majikannya kejam? Adakah kes seperti ini banyak berlaku? Adakah benar AI dan ChatGPT mampu menggantikan tenaga kerja manusia? Saya secara peribadi suka dengan perkembangan teknologi hari ini yang banyak memudahkan urusan manusia. Saya mendengar Jack Ma berceramah dalam […]

Catatan peribadi: Saya dan TV Pertiwi

Bismillah. TV Pertiwi mula ditubuhkan pada Julai 2018. Saya antara kakitangan yang ada ketika TV Pertiwi dibangunkan. Hari ini sudah Mac 2023. Pada bulan Julai nanti, genap lima tahun TV Pertiwi beroperasi. Ada yang bertanya, kenapa saya setia sangat kerja di sini? Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin menjawab soalan apakah TV Pertiwi dan kenapa […]

Doa Untuk Turkiye dan Syria

SEMALAM saya melihat banyak gambar dan video gempa bumi yang melanda dua negara, Turkey dan Syria. Banyak bangunan jatuh rebah. Hari ini, WHO menjangkakan kematian akibat bencana itu seramai 20,000 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Ada dua gempa berlaku. Gempa pertama berukuran 7.8 magnitud. Ia berlaku pada 4.17 pagi waktu Turkey hari Isnin 6 Februari […]