I’m Malaysian first? Malay second or Chinese second?

Jangan terperangkap dengan soalan ini kawan-kawan.

TS Muhyiddin pernah cakap dia ‘Malay first’ kemudian dihentam teruk, sedangkan kita tahu adakah UMNO atau PPBM yang menjadi parti politiknya pernah membelakangkan kaum Cina dan India.

Lim Guan Eng pernah sebut dia ‘Malaysian first, Chinese second’ sedangkan tindak-tanduknya sangat kecinaan (cauvinis Cina).

Malaysian bererti kewarganegaraan. Malay atau Chinese bererti bangsa.

Tiada kontradik antara keduanya. Saya sendiri boleh jadi warganegara Malaysia dan pada masa sama saya juga berbangsa Melayu. Tidak timbul soalan yang mana satu mula dahulu.

Islam pula agama. Adakah saya perlu Malaysian first, Islam second? Bukankah pelik bunyinya?

Perkara busuk yang dijadikan modal golongan liberal anti-Melayu ialah memperjuangkan istilah bangsa Malaysia, sama seperti bangsa Amerika. Kononnya kita semua satu Malaysia, Melayu tak perlu ‘dilebihkan’ mengatasi kaum Cina dan India. Tidakkah mereka tahu hak istimewa Melayu itu termaktub dalam Perlembagaan? Tidakkah mereka tahu Raja-Raja Melayu menjadi pemerintah awal di Tanah Melayu ini?

Di Amerika, jati diri bangsa dipadam, semua bangsa disamaratakan, apa yang tinggal hanyalah label bangsa Amerika. Adakah ini yang kita mahu?

Parti rasis dan cauvinis DAP melaungkan slogan Impian Malaysia, Malaysian Malaysia, bangsa Malaysia. Ini adalah modal mereka menghapuskan jati diri Melayu dan agenda perjuangan Melayu. Usah tertipu, kawan-kawan.

Kita mesti berbangga dengan asal usul kita, orang Melayu. Kita juga berbangga menjadi warganegara Malaysia. Tidak ada masalah. Dalam sejarah, Melayu tak pernah tindas kaum lain!

Rujukan:

1. https://www.ismaweb.net/…/konsep-bangsa-malaysia-alat-untu…/

2. https://www.ismaweb.net/…/ke-manakah-hala-tuju-perjuangan-…/

3. https://www.ismaweb.net/…/malaysian-malaysia-retorik-hapus…/

4. https://www.ismaweb.net/2018/…/02/bangsa-malaysia-tak-wujud/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *